Tuesday, 10 June 2014

MADU LEBAH KELULUT ASLI





Salam semua.....
Hari ni Eyra nk citer skit tentang madu lebah kelulut asli....haaa pernah rasa tak? Mesti ramai yang cakap pernah kan.....mcm mana rasanya? Manis ke masam? Emmm....kalau korang jawab manis, maknanya madu yang korang minum tu tak benar-benar original.....madu tu mungkin dah dicampur dengan air gula. Bagi pesakit kencing manis yang mengamalkankan minum madu campur air gula ni...nescaya penyakit anda tidak akan baik mala mungkin akan bertambah teruk...nauzubillah. Satu lagi perasan tak, madu yang selalu kita beli ni, semut suka sangat hurung....semut kan suka sangat gula....dalam madu tu dah dicampur gula, entah berapa kampit....sebab tu semut suka. Oleh kerana ketidakaslian adu tersebut, maka peniaga-peniaga madu tu boleh laa jual madu dalam botol-botol besar dekat korang, kalau madu lebah asli yang tidak dicampur air gula ni, tak dapat laaa nk jual dalam botol besar.....hehe. Okey kawan-kawan nak tahu tak....apa raanya madu lebah kelulut yang benar-benar asli? Sebenarnya madu lebah kelulut yang benar-benar asli, rasanya masam....lebih kurang mcm kita minum air asam jawa tanpa gula tu....haaa, nk try tak? Eyra jual dalam botol kecil je...Sebelum tu, jom kita baca dulu khasiat-khasiat madu lebah kelulut asli ni......

KHASIAT MADU KELULUT

Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh mengunakan madu kelulut adalah:
1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)
2. Strok
3. Kanser
4. Hipertension
5. Gaut
6. Sakit-sakit sendi
7. Menguatkan tenaga batin
8. Anti-Penuaan
9. Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman

MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN

Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral. Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria. Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.

Berikut merupakan ulasan pakar dan artikel berkaitan khasiat :

“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,”. (Prof. Madya Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, (USMCK) Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).
Sumber : http://lebah.wordpress.com/2011/06/24/rahsia-madu-akan-bongkar-lagi-usm/

“Lebah kelulut tidak mempunyai sengat dan madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan,” katanya ketika dihubungi Berita Kampus, baru-baru ini. Tambahnya, khasiat madu lebah kelulut juga istimewa kerana mengandungi bee bread dan propolis. Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan” (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman).

Sumber : http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/sekitar-kampus/485-khasiat-madu-lebah-kelulut

“Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.”

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut Artikel lain : http://myprod.nerasiah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=232:pengenalan-kelulut&catid=39:bacaan-umum http://www.hmetro.com.my/articles/MARDIkumpul30spesieskelulut/Arti

13 comments:

  1. Madu kelulut tu memang masam ye?
    Ingatkan dah rosak...😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. Kalau yg ori memang gitu rasa dia 😆

      Delete
    2. Kita baru order dari org persendirian yang ternak madu ni.mula2 cuak juga tgk dia cair dan masam.rupanya tulah madu ori ye.terima kasih atas info.semoga menjadi penawar kepada penyakit.

      Delete
  2. xde pelik ler semut g kerumun kat madu , tgk la musim dia , kekadang semut kerumun , kekadang xde langsung semutnye . sedangkan madu kelulut yg masam gile tu pon ada seko dua yg dtg .
    janji jgn amalkan madu yg buat kuih2 raya tu slalu , tu memang cari penyakit . Hahahaha

    ReplyDelete
  3. Semuat hurung madu bukan satu titik hint yg madu itu tidak asli. ia bergantung pada gas yg ada pada madu..kalau gas tersebut kuat makan semut menghindar..jika tidak kuat gas yg dihasilkan maka semut tetap hurung.

    ReplyDelete
  4. Semut hurung madu bukan satu titik hint yg madu itu tidak asli. ia bergantung pada gas yg ada pada madu..kalau gas tersebut kuat maka semut menghindar..jika tidak kuat gas yg dihasilkan maka semut tetap hurung.

    ReplyDelete
  5. Tapi madu kelulut saya sgt manis... Sedut sendiri dari sarang... Thora Dan itama dua2 manis... Kenapa ye... Bagus ke utk diabetes kalau madu kelulut manis?

    ReplyDelete
  6. Saya ada beli
    Tapi rasanya masam .masing

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    saya nak kongsi boleh kalau Ada pesakit kanser tahap 1 2 3 dan 4 , darah tinggi, cyst , ketumbuhan dan buah pinggang bocor Cuba berubat dengan en mohd zuhairi bin Noordin (017-4687570) .. Insya Allah berkesan dan untuk pesakit buah pinggang pulak yang tak boleh makan ikan ayam memang elok amalkan herba ini protein tak akan bocor dan kencing tak berbuih dah..dah banyak dah testimoni sembuh kanser tahap
    1 2 3 dan 4 nanti boleh rujuk tengok testimoni dan you tube apa pun cuba rujuk tgok wasap atau call 0174687570 en mohd zuhairi bin noordin..jom kita sebar2 kan pada pesakit kanser,darah tinggi,cyts dan buah pinggang

    ReplyDelete
  8. tak betul ni .madu kelulut ada je yang Manis..ikut tempat sumber madu tu

    ReplyDelete