Tuesday, 10 June 2014

Harga Madu Lebah Kelulut Asli



                                          Harga Madu Lebah Kelulut Asli : RM30/sebotol
                                          Harga 3 botol RM82.00
                                          Harga Poslaju Semenanjung Malaysia : RM6.00
                                         

MADU LEBAH KELULUT ASLI





Salam semua.....
Hari ni Eyra nk citer skit tentang madu lebah kelulut asli....haaa pernah rasa tak? Mesti ramai yang cakap pernah kan.....mcm mana rasanya? Manis ke masam? Emmm....kalau korang jawab manis, maknanya madu yang korang minum tu tak benar-benar original.....madu tu mungkin dah dicampur dengan air gula. Bagi pesakit kencing manis yang mengamalkankan minum madu campur air gula ni...nescaya penyakit anda tidak akan baik mala mungkin akan bertambah teruk...nauzubillah. Satu lagi perasan tak, madu yang selalu kita beli ni, semut suka sangat hurung....semut kan suka sangat gula....dalam madu tu dah dicampur gula, entah berapa kampit....sebab tu semut suka. Oleh kerana ketidakaslian adu tersebut, maka peniaga-peniaga madu tu boleh laa jual madu dalam botol-botol besar dekat korang, kalau madu lebah asli yang tidak dicampur air gula ni, tak dapat laaa nk jual dalam botol besar.....hehe. Okey kawan-kawan nak tahu tak....apa raanya madu lebah kelulut yang benar-benar asli? Sebenarnya madu lebah kelulut yang benar-benar asli, rasanya masam....lebih kurang mcm kita minum air asam jawa tanpa gula tu....haaa, nk try tak? Eyra jual dalam botol kecil je...Sebelum tu, jom kita baca dulu khasiat-khasiat madu lebah kelulut asli ni......

KHASIAT MADU KELULUT

Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh mengunakan madu kelulut adalah:
1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)
2. Strok
3. Kanser
4. Hipertension
5. Gaut
6. Sakit-sakit sendi
7. Menguatkan tenaga batin
8. Anti-Penuaan
9. Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman

MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN

Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral. Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria. Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.

Berikut merupakan ulasan pakar dan artikel berkaitan khasiat :

“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,”. (Prof. Madya Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, (USMCK) Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).
Sumber : http://lebah.wordpress.com/2011/06/24/rahsia-madu-akan-bongkar-lagi-usm/

“Lebah kelulut tidak mempunyai sengat dan madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan,” katanya ketika dihubungi Berita Kampus, baru-baru ini. Tambahnya, khasiat madu lebah kelulut juga istimewa kerana mengandungi bee bread dan propolis. Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan” (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman).

Sumber : http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/sekitar-kampus/485-khasiat-madu-lebah-kelulut

“Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.”

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut Artikel lain : http://myprod.nerasiah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=232:pengenalan-kelulut&catid=39:bacaan-umum http://www.hmetro.com.my/articles/MARDIkumpul30spesieskelulut/Arti